ASSALAMUALAIKUM..... Selamat Datang Ke Blog TMK TAHUN 5 Kami.....
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN
1.1 Perkembangan Rangkaian
Rangkaian yang pertama
ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina
oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian
komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk
Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan
penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk
rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah
komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah
rangkaian.
Pada tahun 1972, Roy
Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk
penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu
dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@])
diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan
komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika
Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota
rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama
dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan
yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.
Pada tahun 1979, Tom
Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama
yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna
dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video
(video link)).
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.
Pada tahun 1984, sebuah
sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS)
telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat
rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung
dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan
komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi
10000 buah lebih komputer.
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk
rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada tahun yang sama,
muncul satu istilah baru iaitu Surfing
(menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh
dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi.
Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama,
iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan.
No comments:
Post a Comment