Wednesday 15 October 2014

PENGKALAN DATA


PANGKALAN DATA

2.1 Pengenalan Pangkalan Data

2.2 Sistem Fail                                       




 Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
 Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik.
 Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.
 Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.
 Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut.
 Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.
 Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.
 Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

No comments:

Post a Comment