Wednesday 15 October 2014

PENGKALAN DATA


PANGKALAN DATA

2.1 Pengenalan Pangkalan Data

2.2 Sistem Fail                                       




 Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
 Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik.
 Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.
 Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.
 Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut.
 Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.
 Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.
 Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

CONTOH PENGKALAN DATA

BEREHAT SEBENTAR..... LAYAN BOBOIBOY DULU...

PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT


DATA :


  • Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
  • Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.




MAKLUMAT


  • Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.  
  • Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.



Tuesday 14 October 2014

Worldwide Interoperability For Microwave Access (WIMAX)






WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;
1.      Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit
2.      Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (Wayarless LAN - WLAN)




WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE 

Rangkaian Network Maya (Virtual Private Network - VPN)





VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.